Info Sekolah


Sekolah Kebangsaan Nanga Jagau telah ditubuhkan pada 1 Disember 1967 berhampiran dengan kawasan Skim Penempatan Semula Nanga Jagau. Sekolah ini didirikan di tebingan sungai bagi memudahkan ianya dihubungi. Majoriti anak-anak penduduk kampung terutamanya mereka yang dari kawasan hulu menghantar anak-anak untuk bersekolah di sekolah ini.Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman kategori 3 berdasarkan kedudukannya yang sememangnya jauh di ceruk pedalaman. Pengangkutan utama ke sekolah ini adalah perahu panjang yang melalui Sungai Ngemah. Perjalanan ke sekolah ini dari Pekan Kanowit akan mengambil masa 4 - 5 jam untuk sampai, dan keadaan menjadi rumit sekiranya musim kemarau kerana sungat yang cetek menimbulkan beberapa jeram yang amat sukar untuk dilalui oleh perahu.

 

Logo Sekolah SK Nanga Jagau


Pengertian Logo:

1. Warna:
  • Merah - Melambangkan semangat warga sekolah yang bekobar-kobar untuk berusaha menuju matlamat misi yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
  •  Kuning- Melambangkan warga sekolah yang setia menjunjung kedaulatan negara.
  • Biru - Melambangkan wujudnya perpaduan yang erat terjalin di antara warga sekolah.
2. Bentuk:
  • Bulatan - Melambangkan perpaduan yang merangkumi semua warga SK Nanga Jagau melalui segala kegiatan dan kokurikulum secara menyeluruh.
  • Buku - Melambangkan pegangan hidup dan menjadi panduan untuk menuju ke arah perjalanan untuk menjadi insan yang harmonis.
  • Topi dan Sijil - Melambangkan simbol untuk menuju mencapai tahap pendidikan yang tertinggi.
  • Obor dan peralatan sukan - Melambangkan matlamat sekolah yang tidak mengabaikan pembangunan dari segi sukan.
 3. Motto
    " Berilmu, Berbakti"
  • Berilmu - Misi utama SK Nanga Jagau adalah berusaha melahirkan modal insan yang penuh dengan ilmu pengetahuan
  • Berbakti - Warga SK Nanga Jagau yang berasaskan modal insan yang dapat berbakti dan mengharumkan nama sekolah, keluarga, masyarakat, negara ke mata dunia.

Visi Sekolah

"Mendidik murid SK Nanga Jagau untuk membangunkan modal isan yang berkualiti"


Misi Sekolah

"Mewujudkan budaya kerja yang harmonis dan bersistematik untuk melahirkan insan yang berbudaya saing, kental dan bermotivasi tinggi"



"Lagu Sekolah"

Bermula dalam hidup ku
Satu harapan baru
Di sana ada rakan
Di sini ada guru
Sedang berkongsi ilmu

Marilah kita semua
Bersama berpimpin tangan
Semangat kerja waja
Ayuh maju ke depan
Sampai satu impian

SK Nanga Jagau
Inilah wawasan
Moga ceria jaya
Ingat-ingat pesanan
Oleh guru budiman
Bersatu kita maju 
Sedia.....






Enrolmen Keseluruhan Pelajar Sekolah SK Ng Jagau 2014



Tahun/Kelas
Enrolmen
Jumlah
Jumlah Kelas
Penghuni Asrama
L
P
L
P
Jumlah
PRASEKOLAH
6
7
13
1
1
0
1
TAHUN 1
9
4
13
1
0
2
2
TAHUN 2
7
5
12
1
4
2
6
TAHUN 3
4
2
6
1
3
2
5
TAHUN 4
4
3
7
1
1
3
4
TAHUN 5
7
4
11
1
7
4
11
TAHUN 6
4
5
9
1
4
5
9
JUMLAH
41
30
71
7
19
18
37


Enrolmen Staf Sekolah 2014



Staf
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Guru
12
2
14
Bukan Guru
5
2
7
Jumlah
17
4
21



Pencapaian UPSR Sekolah



TAHUN
PERATUS KELULUSAN (%)
2005
47
2006
33
2007
20
2008
45
2009
60
2010
80
2011
29
2012
64



Rekod Pencapaian Terbaik Calon UPSR Sekolah



Bil
Nama Calon
Keputusan
Tahun Ujian
1
Angelina Anak Betelau
4A 1B
2010
2
Jackson Nadong Anak Nuing
3A 2B
2009
3
Effa Sunggau Anak Mikem
3A 1B 1C
2006
4
Telicia Anak Jubang
3A 1B 1C
2011

1 comment:

  1. Angelina Betelau is the best student ever produce by SKNJ....Gud Luck my student

    ReplyDelete